Rabu, 23 Ogos 2017

Exclusive Breastfeed 2 Tahun - 'Aaisyah

Alhamdulillah selama 2 tahun Allah bagi rezeki buat aaisyah.. 2 tahun penuh aaisyah hanya minum susu badan sahaja tanpa apa-apa makanan.. kalau ikutkan, para doktor galakkan bayi diberi makan seawal 6 bulan.. buat puree semua tu tapi aku mengambil langkah untuk menyusu sepenuhnya selama genap 2 tahun.. sebelum ni kakaknya maryam pun sama juga cuma kurang sikit nak sampai 2 tahun atas faktor kesihatan masa tu.. untuk aaisyah ni berjaya cukupkan 2 tahun.. ramai yang tanya, boleh ke kita menyusukan bayi sampai 2 tahun tanpa bagi makanan tambahan.. so jawapan aku after consult with doctor, boleh selagi mana tak menjejaskan kesihatan ibu dan anak..

 1 tahun 7 bulan.. nak kata keding tak juga walaupun tak makan hehe 

Khamis, 13 Julai 2017

Happy Birthday Maryam : 4 Years dan 'Aaisyah : 2 Years

Alhamdulillah, 9 jun genap aaisyah 2 tahun dan 25 jun pula genaplah maryam 4 tahun.. kalini sambut sekali dengan birthday nenek 13 julai.. memandangkan dekat- dekat je birthdaynya jadi kita harung sekaligus hehe buat kat rumah nenek masa malam raya.. seronok sikit makan kek ramai-ramai.. kalau tak kompom tak habis hihi


Rabu, 14 Jun 2017

Selasa, 13 Jun 2017

Clavicle Maryam Bengkok


7/6/2017- Pagi tu aku dah sepakat dengan suami nak bawa maryam pi hospital nak buat x-ray sebab rasa tak sedap la plak tengok tulang selangka (clavicle) dia bonjol, nak-nak pula ada tukang urut kampung kata tulang selangka dia patah huhu mula-mula dia jatuh 5 hari lepas,  malam jam 11, memang dah nampak bonjol, lepastu maryam mengadu sakit sangat, nak angkat tangan pun tak boleh, esoknya pun masih sakit, lepas 2 hari baru bawa ke tukang urut, katanya urat bersimpul, jadi dia tekan titik urat, esoknya tengok dah kempis la benjol tu dan dia kata tak sakit dah nak angkat tangan, tapi nak dijadikan cerita, jatuh pula keesokkan malam harinya, waktu lebih kurang sama jam 11 dan benjol tu besar balik.. bila tanya dia kata tak sakit sangat jadi bawa pergi tukang urut dia kata patah dan kalau patah biasanya tak leh buat apa-apa dah.. dia akan baik sendiri je.. tapi yang pelik, tangan dia boleh je angkat jadi kalau patah sepatutnya tak boleh angkat tangan dah..

Selasa, 30 Mei 2017

Berpuasa Ketika Menyusukan Anak + Jus Kurma

Alhamdulillah.. harini ramadan ke 4.. dan sepanjang ramadan ni dah macam2 soalan aku jumpa berkaitan tentang puasa.. aku rasa paling femes untuk perempuan adalah bagaimana puasa bagi perempuan hamil mahupun yang menyusukan anak.. setakat ni aku tak pernah berpuasa semasa hamil tapi pernah berpuasa ketika masih menyusukan anak.. jadi untuk memudahkan pemahaman, senang cerita, apa2 yang berkaitan dengan diri, contohnya berpuasa ketika hamil dan bimbang kan diri, takut pitam ke jadi boleh buka puasa dan akan datang cuma perlu ganti puasa sahaja.. tetapi kalau bimbangkan anak, contoh, menyusukan anak, bimbang kalau puasa anak lapar jadi boleh buka puasa dan kena ganti puasa serta bayar fidyah..


Isnin, 22 Mei 2017

Vacation 2017: Heritage Hotel Cameron Highlands, Pahang

Last trip untuk sebelum puasa dan raya.. hujung minggu baru ni kami sekeluarga ke cameron sekali lagi selepas 3 tahun tak jejak kaki ke sana, bukan apa, dulu dah kerap sangat ke sana masa duduk setiu, jadi bila duduk dalam pahang, tiap kali suami ajak mesti macam tak ada feeling, campur mabuk pun ye jugak haha tapi ntah macam mana baru ni suami ajak terus setuju padahal kalau ikut kan cuaca bukanlah sesuai sangat untuk ke sana, takut tanah runtuh sebab musim hujan2 pula.. last2 pergi juga, niat nak rehat semata2, jadi tak adalah aku minta nak merendek kat tempat2 yang menarik tu, lagipun semua tempat dah pergi kat sana masa dulu2.. cuma ada la 1 2 yang memang aku tak rasa nak pergi.. ada entry ni aku tulis tempat yang menarik kat cameron yang wajib pergi kalau dah ada kat sana..

Jumaat, 19 Mei 2017

Vacation 2017 : Smile Hotel Danau Kota, KL

Banyak betul short vacation tahun ni hehe ok sebenarnya lepas balik daripada sarawak haritu, kami macam dalam dilema, samada nak terus balik terus atau nak bermalam di KL dulu.. based on my husben, dia kata baik kita balik terus je rumah kat bentong, masa tu flight dalam pukul 7 lebih sampai klia2.. lepas tu mybe sampai rumah dalam pukul 12 am lepas tolak semua benda.. esoknya, hari selasa suami crk, barulah bertolak ke kuantan sampai rabu.. tapi lepas aku pikir banyak kali, dengan keadaan letih dan lewat malam, aku yakin yang suami aku tak mampu nak bertahan drive malam2.. so, aku bagi cadangan, bermalam dulu kat jalan sehala nak balik, agak2 dekat dah dengan plaza tol gombak pun ok dah.. rehat awal, jadi esok nya terus balik ke kuantan, just drop beg kejap je kat rumah.. alhamdulillah, memang keputusan yang tepat hihi


Rabu, 17 Mei 2017

Tips-tips ke sarawak

Sebelum ni aku dah share trip ke sarawak, ada 4 entry semuanya..

1. Day 1
2. Day 2

kalini aku share tips2 yang berguna kot2 korang boleh jadikan panduan.. semua ni berdasarkan bajet untuk kami 4 beranak.. dan untuk fees2 masuk ke tempat2 tertentu dah dinyatakan dalam entry yang terdahulu mengikut susunan tempat yang kami pergi.. kalau nak berjalan tempat yang kita tak biasa lagi, seeloknya sediakan tentatif perjalanan yang complete.. sekurang2nya kalau sesat pun still boleh alive lagi hehe jangan sampai tempat tu baru terhegeh2 nak cari maklumat, karang satu habuk pun tarak dapat..