Jumaat, 19 Mei 2017

Vacation 2017 : Smile Hotel Danau Kota, KL

Banyak betul short vacation tahun ni hehe ok sebenarnya lepas balik daripada sarawak haritu, kami macam dalam dilema, samada nak terus balik terus atau nak bermalam di KL dulu.. based on my husben, dia kata baik kita balik terus je rumah kat bentong, masa tu flight dalam pukul 7 lebih sampai klia2.. lepas tu mybe sampai rumah dalam pukul 12 am lepas tolak semua benda.. esoknya, hari selasa suami crk, barulah bertolak ke kuantan sampai rabu.. tapi lepas aku pikir banyak kali, dengan keadaan letih dan lewat malam, aku yakin yang suami aku tak mampu nak bertahan drive malam2.. so, aku bagi cadangan, bermalam dulu kat jalan sehala nak balik, agak2 dekat dah dengan plaza tol gombak pun ok dah.. rehat awal, jadi esok nya terus balik ke kuantan, just drop beg kejap je kat rumah.. alhamdulillah, memang keputusan yang tepat hihi


So, suami cari hotel untuk 9/5/2017, dan hasilnya smile hotel danau kota.. sebelum ni dah pernah menginap kat smile hotel ni tapi cawangan selangor rasanya.. area selayang ke apa ntah.. hotel ok.. macam up to dated  jugakla cuma aku tak berkenan tang tak mesra solat.. ruang dia kecik sangat dan dia pun dah mention awal2 dalam bilik tu kalau nak ruang solat yang selesa ada disediakan di bilik khas.. tapi dah kita penat campur leceh nak gi tempat2 lain, solat jugaklah dalam ruang yang sempit huhu rasanya last dah kot guna smile hotel ni.. yang lain ok, alat2 mandi, towel2, pemanas air disediakan, minuman cuma air mineral dan air panas disediakan di luar bilik, tak ada heater la hihi ok la dengan harga dia tu..


Satu lagi kelebihan hotel ni adalah kedai makan bawah hotel, dobi sebelah hotel je, memang ngam la tu sebab masa kat sarawak aku tak basuh baju pun, campur baju2 yang pakai masa duk kat ampang puteri lagi haha adalah dalam 2 beg sederhana dan 1 beg besar gedabak semua sekali.. terus aku dobikan malam tu.. tinggal lipat2 je.. jadi tenang la aku masa balik kuantan haha depan hotel mall besar, nama setapak mall kot.. pernah juga sampai situ sekali hehe selang beberapa buah kedai pun dobi juga.. banyak dobi, jadi boleh pilih nak yang mana hihi memang strategik la hotel ni.. esoknya awal pagi bertolak ke rumah dan terus ke kuantan.. biasala, kiriman mak dan adik2 banyak, kena bagi dulu, kek lapis pula jenis tak tahan lama sangat, takut tak fresh.. nak bagi hujung minggu suami kena ngajar, makanya manfaatkan cuti yang ada jelah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan