Khamis, 13 Julai 2017

Happy Birthday Maryam : 4 Years dan 'Aaisyah : 2 Years

Alhamdulillah, 9 jun genap aaisyah 2 tahun dan 25 jun pula genaplah maryam 4 tahun.. kalini sambut sekali dengan birthday nenek 13 julai.. memandangkan dekat- dekat je birthdaynya jadi kita harung sekaligus hehe buat kat rumah nenek masa malam raya.. seronok sikit makan kek ramai-ramai.. kalau tak kompom tak habis hihi




Tahun ni, umi abi hadiahkan benda yang kakak dah lama nak.. dari awal tahun rasanya.. dalam doa selalu dok sebut-sebut hehe saja umi abi tunggu birthday.. tapi beli satu jela, kongsi dengan adik, stroller travel.. compact juga dan mudah nak bawa ke mana-mana tapi abi kata still makan ruang sebab jenis kurus tapi melebar.. nenek pula bagi hadiah kain tudung raya, cikna dengan poksu bagi hadiah mini trunk bag.. beg tu boleh jadi kereta tarik, anak-anak boleh duduk atas beg, macam stroler.. memang suka la budak-budak tu nak-nak maryam sebab macam wishlist dia la barang-barang tu haha aaisyah join kakak je, tak paham pape sangat hehe untuk nenek pula, kami semua sepakat kongsi beli set periuk jenama tefal yang nenek idamkan sangat hihi 

Moga maryam, aaisyah dan nenek panjang umur, murah rezki dan diberkati Allah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan